Thursday, December 17, 2015

BBM3410

KHALIMAT
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera semua...hai ini adalah khalimat yang aku buat sebagai tanda berakhirnya tugasan subjek BBM3410 Bahasa Dalam Multimedia...inigin tahu apa yang tertulis dalam khalimat aku ini...sila lah baca hahaha...malu2 gitu...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera… Syukur Alhamdulillah akhirnya aku berjaya menyiapkan segala tugasan dalam subjek “BBM3410 Bahasa Dalam Multimedia” hasil didikan dan tunjuk ajar dari seorang Guru yang bernama Prof. Madya Dr. Normaliza binti Rahim… kelas BBM3410 ini merupakan antara kelas atau subjek yang betul2 menguji kesabaran dan ketabahan aku dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan, namun hasilnya aku lebih menjadi seorang yang lebih komited dan memiliki sebuah pengalaman dan kemahiran khususnya dalam bidang multimedia…selain itu, subjek BBM3410 ini mendidik  aku untuk lebih tekun dan pentingnya untuk aku menyiapkan sesuatu kerja dengan cepat dan tepat pada waktunya…seterusnya, segala tugasan yang diberikan adalah tugasan berkumpulan. Oleh itu, subjek ini juga mendidik aku untuk saling berkerjasama dalam menyiapkan tugasan yang diberikan dan mendidik aku untuk lebih  bertanggungjawab pada tugasan tersebut.
Antara pengalaman paling sukar dalam menyiapkan tugasan ini adalah mengambil gambar untuk aku upload dalam istagram dan memastikan gambar tersebut mendapat “LIKE” dari Dr. normaliza sehingga cukup 10 gambar…jam ke jam, hari ke hari dan minggu ke minggu aku mengambil gambar dan menguploadnya ke dalam istagram, namun “LIKE” tersebut masih tidak mencukupi 10 LIKE sehingga lah 3 hari sebelum tarikh tutup penghantaran gambar istagram tersebut baru aku berjaya juga akhirnya…Perrrrrr umpama mendapat Gred A dalam ujian punya lah aku gembira dan tenang jiwa…sebab 1 LIKE adalah 1 markah perrrrrr risau juga lah mana lah tau tidak dapat 10 LIKE kan kan kan…markah tuuuu hahaha…namun, hakikatnya kebaikan dari tugasan itu sebenarnya bukan lah markah 1 untuk setiap LIKE tetapi ilmu dan pengalaman dalam mengambil sesuatu gambar itu membuatkan aku adalah sikit kemahiran dalam mengambil gambar ni berlandaskan ilmu2 yang telah aku aplikasikan hasil dari tunjuk ajar Prof. Madya Dr. Normaliza binti Rahim dalam kelas BBM3410 Bahasa Dalam Multimedia.
Kenangan manis dan terindah untuk aku bersama ahli kumpulan Cempaka Kuning iaitu Zaidi, Akmal dan Syamil…apabila telah mendapat tawaran untuk berkerjasama dengan kumpulan dari kelas lain setelah mereka melihat Video yang telah kami hasilkan dalam YouTube…mereka mengajak kami untuk membuat sebuah Video One Shoot Three Layer yang bertajuk “Dua Insan”…dan kerjasama ini telah berjaya direalisasikan dan membantu kumpulan tersebut untuk menyiapkan tugasan mereka…kerjasama ini diteruskan apabila kelas BBM3410 juga perlu membuat tugasaan yang sama…hasil kerjasama yang baik antara kedua kumpulan dan saling berkongsi idea…kumpulan aku iaitu Cempaka Kuning berjaya menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya…wuiii Dasyatkannn……hahaha
Maka selesailah tugasan untuk subjek BBM3410 pada semester ini…kejayaan aku dan ahli kumpulan Cempaka Kuning yang lain ini turut menaikkan nama Cempaka Kuning yang telah menjadi gelaran kepada kumpulan kami pelajar Minor Seni Persembahan…hahaha
Sekian sahaja dari Khalimat aku untuk subjek BBM3410 Bahasa Dalam Multimedia dibawa didikan Prof. Madya Dr. Normaliza binti Rahim… “Terima Kasih Prof. Madya Dr. Normaliza binti Rahim kerana didikan dan tunjuk ajar Dr. saya berjaya menyiapkan segala tugasan yang diberikan dan memperoleh sebuah pengalaman dan ilmu untuk saya mengharungi sebuah ranjau kehidupan”.

"jangan mengeluh...redha"


Sekian…

Sunday, December 13, 2015

BBM3410

LEARNING THROUGH BLOG WRITING

Embracing the Technology

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera...perkongsian aku ini kali adalah hasil ulasan aku dari sebuah buku LEARNING THROUGH BLOG WRITING (Embracing the Technology) hasil karya Prof. Madya Dr. Normaliza binti Rahim...buku ini dihasilkan dalam bahasa Inggeris, namun aku telah membuat ulasan dalam bahasa Melayu...semoga para pembaca mendapat kebaikan dari perkongsian aku ini bye...See You Again hahaha


TAJUK : Learning Through Blog Writing (Embracing the Technology)
PENGARANG : Normaliza Abd Rahim
PENERBIT : Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

ULASAN
‘Learning Through Blog Writing Embracing the Technology’ hasil tulisan Normaliza Abd Rahim merupakan sebuah buku yang menjelaskan bagaimana blog dan penulisan blog mampu berfungsi sebagai medium pembelajaran. Buku ini turut memberikan panduan ringkas mengenai penulisan blog bagi pembaca yang baru hendak berjinak-jinak dalam penulisan blog ini. Buku ini mempunyai 8 bab yang membahagikan kandungan buku kepada beberapa bahagian tertentu. Menurut senarai kandungan yang disertakan dalam buku ini, pembahagian bab dimulakan dengan pengenalan terhadap blog dan penulisan blog diikuti dengan kajian-kajian yang dijalankan berkait mengenai penulisan blog, seterusnya perbincangan bagaimana penulisan blog mampu meningkatkan pembelajaran terutamanya dalam pembelajaran bahasa dan kesusasteraan. Perbincangan berikutnya adalah mengenai panduan ringkas mengenai permulaan blog serta penulisannya dan etika yang perlu dipatuhi dalam penulisan blog. Menerusi pembahagian bab yang jelas ini mampu membantu memudahkan pembaca untuk mencari maklumat yang diperlukan. Menyentuh struktur penulisan buku ini, kulit hadapan buku dilihat bertepatan dengan tajuk buku yang memberi gambaran bahawa buku ini merupakan sebuah buku yang bertujuan untuk mendedahkan bagaimana penggunaan blog mampu menjadi medium pembelajaran kepada pembaca. Gaya dan bentuk bahasa yang diguna pakai dalam penulisan buku mudah difahami kerana menggunakan simple English. Hanya terdapat beberapa perkataan yang sukar difahami dalam buku ini seperti nichet dan postulate, tambahan pula, dalam daftar istilah yang disertakan tidak terdapat dua perkataan tersebut. Buku ini turut menyertakan ilustrasi bagi memudahkan pemahaman pembaca dan sebagai panduan terhadap blog dan penulisannya. Setiap langkah yang diberikan disertai ilustrasi berupa gambaran laman web yang akan terpapar sekiranya langkah bagi memulakan blog dan penulisan blog yang dinyatakan dituruti.
            Seterusnya, dalam bab pertama iaitu pengenalan terhadap blog dan penulisan blog, Normaliza Abd Rahim menyatakan bahawa blog merupakan satu bentuk perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk tulisan formal atau tidak formal. Dalam bab ini, Normaliza Abd Rahim turut menyatakan bahawa penulisan blog bukan sahaja mempunyai fungsi komersial sebaliknya turut menjalankan fungsi yang bersifat personal dan keindividuan. Normaliza Abd Rahim menjelaskan bahawa blog menjalankan fungsi keindividuan melalui kepuasan yang dicapai setelah melahirkan pendapat mahupun menunjukkan kemahiran serta bakat dalam penulisan blog oleh individu. Dalam bab pengenalan terhadap blog dan penulisan blog ini penulis turut memberi definisi blog oleh pengkaji lain. Antaranya pandangan Li & Chignell (2010) yang menyatakan sebagai satu laman sosial dan alat komunikasi, blog bukan sahaja menghubungkan pengguna dengan komputer sebaliknya turut menghubungkan penulis-penulis blog dalam satu  jaringan komunikasi. Seterusnya, Normaliza Abd Rahim menekankan pendapat beliau bahawa blog boleh menjadi satu medium dalam pembelajaran. Pendapat beliau disokong dengan penyataan daripada pengkaji-pengkaji blog yang lain. Antara pengkaji yang mampu menyokong pendapat penulis buku ini adalah hasil kajian Zaini et. al. (2012) yang menunjukkan penggunaan blog mampu meningkatkan kemahiran menulis dalam pembelajaran bahasa. Penyataan pengkaji lain yang disertakan dalam buku ‘Learning Through Blog Writing Embracing the Technology’ hasil tulisan Normaliza Abd Rahim bagi menyokong pendapat penulis bahawa penulisan blog mampu meningkatkan pembelajaran adalah penyataan Zahra Shahsavar & Tan (2011) yang menyatakan penggunaan blog dalam kalangan pelajar mempengaruhi komunikasi pelajar dalam alam maya. Dalam bab pertama buku ini, penulis turut mendedahkan pembaca kepada panduan ringkas dalam penulisan blog menurut Rieck (2014). Penulis berpendapat panduan ringkas oleh Rieck (2014) ini mempunyai persamaan dengan 20 langkah dalam penulisan blog yang dinyatakan oleh Darren (2014). Turut disertakan dalam bab 1 adalah pengklasifikasian jenis penulisan blog menurut Darren (2014) dan Rotolo (2012).

            Dalam bab 2 penulis Normaliza Abd Rahim mengemukakan kajian-kajian yang pernah dijalankan berkaitan blog dan penulisan blog. Antara kajian yang disertakan penulis adalah kajian oleh Cisco Public Information (2008), pembelajaran melalui media merupakan salah satu kaedah pembelajaran yang mendatangkan kesan positif. Seterusnya adalah  kajian oleh Comlab India for Effective Learning (2012) yang menyatakan terdapat hubungan positif negatif dalam penggunaan media dalam pembelajaran. Menurut penulis buku ‘Learning Through Blog Writing Embracing the Technology’, Normaliza Abd Rahim menjelaskan kajian yang dijalankan oleh Comlab India for Effective Learning (2012) ini mendapati antara kesan positif penggunaan media dalam pembelajaran adalah mewujudkan kepelbagaian kaedah proses pembelajaran. Terdapat lebih 15 kajian lepas yang disertakan penulis dalam buku ‘Learning Through Blog Writing Embracing the Technology.’
Seterusnya bab 3 buku Learning Through Blog Writing Embracing the Technology’ membincangkan kajian yang dijalankan oleh penulis sendiri mengenai pembelajaran melalui penulisan blog. Kajian penulis dijalankan di Hankuk University of Foreign Studies, Korea, dalam kalangan 60 pelajar lelaki dan perempuan. Pelajar-pelajar ini merupakan pelajar yang mempelajari bahasa Melayu daripada enam kelas yang berbeza, mempunyai pengalaman dalam penulisan blog pada semester sebelumnya dan secara sukarela menjadi responden dalam kajian yang dijalankan oleh penulis. Hal yang sama dibincangkan dalam bab 4, di mana penulis mengetengahkan kajian beliau mengenai pembelajaran melalui penulisan blog. Kajian ini juga dijalankan di Hankuk University of Foreign Studies, Korea, dalam kalangan sepuluh orang pelajar yang diarah untuk melakukan penulisan blog sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, dalam tempoh sepuluh minggu. Terdapat 330 penulisan blog sebagai data kajian. Kedua-dua hasil kajian penulis kemudian dikupas dengan lebih terperinci dalam bab 5 dan bab 6.
Penulis mula membincangkan panduan dan langkah-langkah dalam memulakan penulisan blog secara umum tanpa mengikut mana-mana pengkaji terdahulu dalam bab 7. Penulis turut menyediakan ilustrasi laman sesawang yang akan terpapar sekiranya pembaca mengikuti langkah yang diberikan. Panduan dan langkah-langkah yang diberikan penulis bermula dari pembukaan akaun google mail, akaun mail yang diperlukan sebelum individu boleh memulakan penulisan blog. Seterusnya, penulis menunjukkan langkah-langkah pendaftaran blog menggunakan blogspot dan wordpress. Ilustrasi yang disertakan dalam bab 7 ini mampu memudahkan pemahaman pembaca terhadap langkah pembukaan blog seperti yang dinyatakan. Etika dalam penulisan blog kemudiannya dibincangkan oleh penulis dalam bab yang terakhir.
 Buku ‘Learning Through Blog Writing Embracing the Technology’ hasil tulisan Normaliza Abd Rahim ini mempunyai banyak maklumat, namun begitu, tajuk dan kulit depan buku memberi pandangan yang berbeza dengan kandungan penulisan dalam buku ini. Buku yang ditulis Normaliza Abd Rahim ini lebih menyerupai kompilasi kajian-kajian lepas mengenai blog dan penulisan blog. Penulis menggunakan terlalu banyak sitasi dalam menyatakan pendapat beliau. Tujuan penulis sememangnya untuk mengukuhkan pendapat beliau namun penggunaan sitasi yang terlalu banyak mengelirukan pembaca. Menerusi pembacaan keseluruhan maklumat dalam buku, pendapat penulis didapati terlalu sedikit. Penggunaan sitasi terlalu kerap digunakan penulis, bukan sahaja bertujuan bagi menyokong pendapat dan fakta yang beliau nyatakan sebaliknya juga bagi menunjukkan perkembangan fakta yang beliau nyatakan  Tajuk serta kulit buku memberikan pandangan bahawa buku ini merupakan sebuah buku pendedahan dan panduan yang ringkas, bukan dipenuhi maklumat-maklumat yang padat dan berat. Maklumat-maklumat yang didedahkan penulis dalam buku ‘Learning Through Blog Writing Embracing the Technology’ bukan maklumat yang diperlukan oleh pembaca yang hanya ingin mengetahui langkah-langkah dalam penulisan blog.
Selain itu, dalam buku ‘Learning Through Blog Writing Embracing the Technology’ ini juga penulis dilihat bijak menyusun ayat dalam mengubah pandangan pembaca. Penulis bukan hanya menyatakan kelebihan dalam penulisan blog tetapi turut menyatakan kekurangan dan masalah yang boleh timbul akibat penyalahgunaan blog. Namun begitu, penulis mengupas isu tersebut dengan penggunaan ayat yang mampu membuatkan pembaca melihat kekurangan dan masalah tersebut sekadar perkara kecil jika dibandingkan dengan kelebihan dan kebaikan yang didatangkan melalui blog dan penulisan blog.

Kesimpulannya, buku ‘Learning Through Blog Writing Embracing the Technology’ hasil tulisan Normaliza Abd Rahim ini merupakan sebuah buku yang padat dengan maklumat bagi pengkaji yang inginmencari rujukan dalam menjalankan kajian berkenaan blog dan penulisan blog namun merupakan sebuah buku yang berat bagi individu yang hanya ingin mempelajari blog dan panduan ringkas penulisan blog.
BBM3410


ULASAN BUKU WACANA

Assalamualaikum & Salam Sejahter... berjumpa lagi kita di waktu dan suasana yang berbeza hehe...ini kali aku akan berkongsi ilmu daripada sebuah Buku Wacana hasil penulisan Prof. Madya Dr. Normaliza binti Rahim...ok tidak perlu untuk aku bercakap panjang lebar terus saja kita membaca hahaha.... "mari-mari membaca insyaallah kita akan berjaya"


TAJUK BUKU : WACANA BAHASA
PENGARANG : NORMALIZA ABD RAHIM
PENERBIT : UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)



ULASAN

Buku Wacana Bahasa ini merupakan hasil tulisan Dr. Normaliza Abd Rahim dan dipersembahkan dalam pelbagai tajuk yang menarik. Buku ini mengandungi sembilan bab yang mempunyai tujuan dan input yang sangat berguna kepada pelajar dan masyarakat. Perkongsian pengalaman dan ilmu yang dicurahkan oleh penulis memberi kesan yang mendalam kepada pelajar tentang dunia teater, penggunaan media teknologi, penulisan papan cerita, pantun, sajak, kata kerja, antonim, nilai sosial dan nilai murni dalam pembelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah, universiti serta di tempat kerja. Galakan dan sokongan amat penting untuk menyemai sifat ingin belajar bahasa Melayu di dalam diri setiap manusia yang ingin berjaya dalam hidup.
Setelah membaca dan meneliti buku ini, didapati dalam bab 1 Teater Kanak-Kanak, membincangkan tentang sekumpulan anak yatim menonton teater kanak-kanak yang berunsurkan persembahan teater fantasi. Selepas menonton teater, pelajar tersebut diberi peluang untuk ditemu bual berkaitan dengan jalan cerita teater yang dipersembahkan. Kelihatan raut wajah pelajar yang gembira dengan hasil persembahan teater tersebut. Mereka juga diberi peluang untuk melontarkan pendapat masing-masing mengenai teater tersebut. Walaupun pada awalnya mereka kelihatan malu tetapi mereka dapat menyatakan pendapat dengan penuh keyakinan dan masing-masing kelihatan berebut untuk memberikan pendapat.
Selain itu, pelajar dapat memahami jalan cerita dengan baik dan dapat menyatakan apa yang berada di dalam fikiran mereka berkaitan dengan teater tersebut. Impaknya ialah pelajar dapat menonjolkan kreativiti mereka dalam mengolah jalan cerita dan pakaian pelakon di dalam teater itu. Daya kreativiti yang tinggi membuatkan mereka ingin menjadi seperti karektor yang mereka sukai seperti Dahlia, Arnab, Ulat bulu dan lain-lain. Perbincangan dua hala membolehkan pelajar menerima dan memberi kritikan. Perbincangan yang positif melahirkan pelajar yang berfikir secara kritis dalam memberikan pendapat mereka. Oleh itu, persembahan teater merupakan salah satu aktiviti untuk menarik minat pelajar dalam mempelajari bahasa Melayu dan dapat meningkatkan keyakinan kanak-kanak dalam memberi pendapat yang kritis.
Seterusnya dalam bab 2 Penggunaan Media Teknologi, memaparkan kepentingan media teknologi dalam pembelajaran bahasa Melayu kepada pelajar di universiti. Tajuk ini melibatkan tiga puluh tujuh pelajar dari kursus Kesusasteraan dalam Multimedia di Universiti Putra Malaysia. Tugasan yang diberi ialah membuat aktiviti Satu Shot Klip Video dan memilih satu lagu Melayu. Setiap kumpulan telah melakukan perbincangan dengan memilih tema untuk aktiviti tersebut. Pemilihan muzik lagu sama ada pop rock atau slow rock menunjukkan bahawa terdapat perbezaan pendapat dalam pemilihan tema. Situasi itu menggambarkan terdapat kumpulan yang tidak bersetuju dengan pendapat kumpulan yang lain tentang pemilihan tema bagi aktiviti tersebut. Namun, masalah itu dapat diselesaikan dengan menggunakan bahasa yang tidak menyinggung perasaan sesiapa. Kesan perbincangan tersebut memberi ruang kepada semua pelajar untuk belajar menerima dan memberi cadangan secara positif tanpa salah faham.  
Penggunaan bahan dalam klip video juga memainkan peranan yang penting dalam pembikinan video dengan menggunakan media teknologi. Pandangan yang berbeza dalam pemilihan bahan dalam video perlu mencapai kata sepakat supaya sesuai dengan tema yang telah ditetapkan. Perbincangan yang lancar menunjukkan pelajar bertolak ansur semasa berinteraksi antara satu sama lain. Tambahan pula, pemilihan watak dalam video perlu ditetapkan untuk setiap ahli kumpulan yang terlibat. Pemilihan watak perlu sesuai supaya pemegang watak dapat melakonkan watak tersebut dengan baik dan berkesan. Aktiviti ini dapat meningkatkan keyakinan pelajar menggunakan media teknologi  seperti video kamera bagi menghasilkan sebuah klip video yang terbaik.
Selanjutnya, buku ini juga ada membicarakan tentang Penulisan Papan Cerita dalam bab 3. Secara umumnya, pantun merupakan salah satu genre Kesusasteraan Melayu lama dan masih digunakan di majlis-majlis keramaian. Pantun dua kerat lebih mudah difahami dan pantun empat kerat sesuai digunakan dalam majlis yang tertentu. Penulis telah memilih tiga puluh subjek dari jurusan Sastera Melayu di Universiti Putra Malaysia untuk sampel kajian ini. Subjek dikehendaki menyediakan langkah-langkah penulisan papan cerita dan menerbitkan pantun berpandukan papan cerita tersebut. Contohnya ialah menentukan tema papan cerita, mencipta pantun dua kerat untuk papan cerita dan penggunaaan teknologi dalam papan cerita. Oleh yang demikian, kajian ini memberi manfaat kepada masyarakat kerana dapat memelihara khazanah hasil karya pantun yang sedia ada di Malaysia.
Ulasan untuk bab yang seterusnya dalam bab 4 Pantun Melayu, ialah pelajar perlu mengenali pantun tradisional dan pantun moden supaya dapat mengekalkan kesenian serta mengetahui makna pantun tersebut. Pendedahan secara formal memberi ruang kepada pelajar untuk menikmati nilai murni dan estetika yang terdapat dalam pantun. Sekaligus, dapat memberikan keindahan dalam bahasa Melayu berdasarkan tema pantun. Kajian ini menggunakan teori analisis wacana bagi tujuan menganalisis perbincangan pelajar dalam kumpulan mengenai pantun Melayu. Kajian ini melibatkan lapan belas pelajar Korea lelaki dan perempuan dari Hankuk University of Foreign Studies, Korea. Perbincangan pantun seperti pantun nasihat, kasih-sayang, pengajaran dan seloka. Perbincangan tersebut bertujuan untuk memberi peluang kepada semua ahli kumpulan memberikan pendapat dengan penuh keyakinan. Persoalan yang timbul mengenai maksud pantun akan diselesaikan oleh ahli kumpulan itu sendiri. Lantas, mereka akan dapat memahami makna pantun dengan baik. Oleh itu, matlamat kajian ini adalah untuk memperkenalkan pantun Melayu  dan memperlihatkan pantun yang mempunyai nilai budi yang tinggi kepada pelajar Korea.
Seterusnya bab 5 Sajak Melayu, membincangkan tentang sajak yang ditulis bertujuan untuk meluahkan perasaan terhadap alam, keindahan, percintaan serta nilai estetika yang lain. Sajak juga memberi pengajaran dan kesedaran kepada masyarakat tentang keadaan yang berlaku disekeliling kita. Tugasan One Stop Motion Animation memberi impak kepada para akademik dan pelajar untuk menyelesaikan masalah berkaitan dengan tema atau tajuk, membina patung atau figuirine, mengambil gambar untuk pergerakan animasi serta menyusun gambar. Perbincangan untuk menyiapkan tugasan tersebut berjalan dengan lancar hasil daripada usaha kerjasama dalam kumpulan.
Objektif kajian bab 5 ini adalah untuk menganalisis perbualan pelajar dalam membincangkan dua buah sajak oleh A. Samad Said, iaitu Jika dan Waris Bertuah. Pelajar terdiri daripada sepuluh orang subjek dari satu kelas Kesusasteraan Kontemporari di Hankuk University of Foreign Studies, Korea. Perbincangan pendapat dari dua kumpulan iaitu Kumpulan 1 dan Kumpulan 2 dan hasil perbincangan antara dua kumpulan tersebut ialah terdapat pelajar yang berupaya untuk memberikan maksud bagi sajak-sajak tersebut. Kerjasama yang diberi membuahkan hasil yang positif seperti berkeyakinan tinggi dan sanggup menerima kritikan dari pihak lain yang berbeza pendapat atau pandangan tentang maksud sajak tersebut.
Ulasan bab 6 Kata Kerja dalam Cerita Binatang pula, ialah pelajar sindrom Asperger merupakan pelajar yang digolongkan dalam kalangan pelajar istimewa. Bab ini memberi fokus kepada penggunaan kata kerja dalam cerita binatang dalam kalangan pelajar sindrom Asperger. Kajian oleh Dr. Normaliza Abd Rahim ini menunjukkan bahawa pelajar sindrom Asperder lebih memberi perhatian terhadap perlakuan berulang kali dalam cerita sosial.
Selain itu, pelajar sindrom Asperger berminat dalam sesi bercerita. Tujuan kajian ialah menganalisis penggunaan kata kerja, persoalan dan penceritaan pelajar sindrom Asperger. Pelajar dapat mengingati kata kerja walaupun cuba meniru apa yang diucapkan oleh guru seperti ‘lompat’, ‘lari’, ‘minum’, ‘makan’, ‘jerit’ dan sebagainya. Oleh itu, pelajar menggunakan kata kerja di dalam ayat mudah. Misalnya, pelajar menyebut, ‘Katak itu lompat lagi’ dan ‘Gajah itu makan tebu’. Persoalan pula ialah ‘Kenapa tikus itu berlari?’ menunjukkan bahawa pelajar dapat mengaitkan cerita yang mereka dengar dengan apa yang mereka faham. Hasil kajian ini ialah menunjukkan bahawa pelajar sindrom Asperger gembira dan berminat dengan aktiviti yang dijalankan di dalam kelas. 
Dalam bab 7 Antonim Bahasa Melayu, mengolah tentang penggunaan antonim dalam bahasa Melayu di negara lain dalam kalangan pelajar asing. Kajian ini memberi fokus kepada penggunaan antonim bahasa Melayu dalam kalangan pelajar di Korea. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti serta membincangkan penggunaan antonim bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Korea. Analisis kajian ini menggunakan kaedah analisis wacana oleh Brown dan Yule (1983). Pelajar menggunakan antonim dengan menggunakan kata kunci ‘Mengapakah’, ‘Adakah’, ‘Bilakah’, ‘Bagaimanakah’, dan ‘Siapakah’.
Selain itu, penggunaan antonim dalam ayat mudah juga kerap digunakan oleh pelajar semasa perbincangan. Justeru, pelajar didapati lebih gemar membina ayat kerana mereka yakin dan faham tentang ayat tersebut. Ayat melibatkan penggunaan benda, binatang dan manusia untuk membandingkan penggunaan antonim dalam pembentukan ayat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar Korea mampu untuk menjelaskan antonim bahasa Melayu semasa perbincangan di dalam kumpulan. Pelajar Korea juga dapat menjelaskan makna setiap perkataan dan antonim dengan menggunakan soalan dan ayat. Kajian ini juga memberi galakan kepada pelajar asing untuk mendalami ilmu bahasa Melayu.
Seterusnya, ulasan dalam bab 8 Penerapan Nilai Sosial melalui Lakonan Cerita, adalah kajian untuk mengenal pasti dan menyenaraikan nilai sosial dalam kalangan kanak-kanak sindrom Asperger. Empat kanak-kanak lelaki dari sebuah sekolah telah dikenal pasti bagi tujuan kajian ini. Kanak-kanak tersebut boleh bertutur tetapi tidak boleh menumpukan perhatian yang lama di dalam sesuatu pembelajaran. Mereka juga tidak pandai atau tidak tahu bersosial dengan kawan-kawan yang lain.
Tiga cerita sosial telah digunakan dalam kajian ini ialah pertama cerita sosial 1 adalah bertemakan nilai sosial berterima kasih dan tolong. Cerita sosial 2 adalah bertemakan nilai sosial beratur manakala cerita sosial 3 adalah bertemakan hormat-menghormati. Kanak-kanak dapat memahami ucapan ‘terima kasih’ dan ‘tolong’ selepas melakukan lakonan bersama kanak-kanak tersebut. Selain itu, pelajar dapat memahami konsep beratur dan cuba mengamalkan amalan beratur di kantin sekolah, kelas atau tandas. Nilai tolong-menolong pula mengajar kanak-kanak ini untuk membantu orang lain yang berada dalam kesusahan.
Justeru, ketiga-tiga cerita sosial ini membantu kanak-kanak tersebut mengenali nilai sosial dalam lakonan cerita. Tambahan pula, dapat memberi keyakinan untuk berinteraksi dengan orang lain, bersikap disiplin dan dapat menyesuaikan diri dalam situasi yang berbeza. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar akan dapat memahami konsep nilai sosial dan membantu memberi kegembiraan untuk menjalani kehidupan seharian mereka.
Objektif kajian dalam bab 9 Nilai Murni dalam Peribahasa Melayu, adalah untuk mengenal pasti dan membincangkan jenis peribahasa yang mengandungi nilai murni dalam kalangan pelajar Korea. Enam puluh peribahasa diperkenalkan dan cuma dua puluh peribahasa yang mempunyai nilai murni dan dapat dikaitkan dengan kehidupan mereka di Korea. Pelajar diterangkan mengenai setiap peribahasa tersebut dan mereka memberi penjelasan yang jelas mengenai peribahasa tersebut. Antara nilai murni yang dikenal pasti ialah nilai mudah mesra, usaha, perpaduan, nilai murni, nasihat, dan kehidupan. Hasil perbincangan pelajar akan memperoleh pengetahuan untuk memahami dan mengaitkan peribahasa di dalam diri, keluarga dan masyarakat di dalam kehidupan seharian. Pelajar Korea juga akan mendapat manfaat iaitu dapat mempelajari bahasa Melayu dan budaya Melayu kerana peribahasa merupakan salah satu cara untuk menyampaikan nilai murni tersebut.

Kesimpulannya, secara keseluruhan dalam setiap bab mengandungi kepentingan dan memberi manfaat kepada para akademik, pelajar dan masyarakat yang ingin mendalami ilmu bahasa dan kesusasteraan dari pelbagai aspek dan bidang. Kajian ini juga mendorong seseorang untuk lebih berkeyakinan tinggi dalam melontarkan sesuatu pendapat dalam perbincangan berkumpulan. Selain itu, memberi kebaikan kepada pelajar asing untuk mempelajari bidang bahasa yang berminat akan nilai estetika yang terdapat dalam bahasa Melayu itu sendiri.

BBM3410


VINES

Hai teman2...yang jauh mari dekat yang dekat kita dekatkan lagi...kali ini aku akan kongsi VINES hasil karya ahli2 Group Cempaka Kuning Production...ingin tahu keunikan VINES kami....ayooo ramai kita saksikan CakKK!!!


BBM3410

Haiii semuaaa....ini kali aku akan kongsikan sebuah Montaj yang telah dihasilkan oleh ahli2 Cempaka Kuning awesome yang pelik2 gitu haha...Montaj ini terbahagi kepada dua...iaitu Montaj Video & Montaj Gambar yang memaparkan kenangan kami ahli Cempaka Kuning Production...siapa ingin tahu manis @ pahit kenangan kami...cepat2 saksikan.....

Montaj Video


Montaj Gambar

Friday, December 11, 2015

BBM3410

MONTAJ VIDEO
"Kenangan Di UPM"

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Sebelum aku pernah kongsikan sebuah video Montaj yang memaparkan yang berkaitan dengan gambar...tetapi kali ini aku akan berkongsikan sebuah lagi video Montaj tetapi bukan berkaitan dengan gambar...perkongsian aku ini kali adalah berkaitan dengan Montaj Video...jika mahu tahu apa yang aku maksudkan dengan Montaj Video cepat2 lah tengok video ini hahaha CakKK...!!!


Wednesday, December 9, 2015

BBM3410


MONTAJ
TEMA PERSAHABATAN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...aahhh ini kali kita bersua lagi...Ok ini adalah Montaj Gambar yang bertemakan "SAHABAT"...Montaj ini adalah kerja individu yang perlu disiapkan oleh setiap pelajar BBM3410...Gambar2 ini adalah kenangan indah bersama sahabat aku di Upm... walaupun kami dari negeri yang berbeza namun ukhwah persahabatan antara kami sangat utuh umpama saudara di perantauan hehe...mahu cerita pun panjang sangat jadi aku pendekkan dengan Montaj Gambar ni...saksikan............


Tuesday, December 8, 2015

VIDEO WAWANCARA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Hai ini aku mahu berkongsi satu video wawancara yang berkaitan dengan "DIALEK". video ini akan menunjukkan cara dan kedudukan kamera yang betul semasa melakukan sesebuah wawancara. semoga mendapat maanfaat kepada kalian... 




BBM3410
VIDEO DUBSMASH

Assalamualaikum & salam sejahtera... Ini kali aku upload satu video dubsmash yang dihasilkan oleh crew2 gila Cempaka Kuning Production hahaha... Video ney kami hasilkan untuk tugasan bagi subjek BBM3410 Bahasa Dalam Multimedia... Yang penting REDHA... hehehe





BBM3410


VIDEO PARODY

Assalamualaikum & salam sejahtera... Aku mahu kongsi video parodi group aku... Inilah pertama aku buat video macam ney... Pengalaman tu membentuk kita hahaha... shoting punya lah susah, tengah panas pulak tu, dengan gelak2 lagi hahaha. Sejam lebih jugak lah baru siap... mahu cerita pun tiada guna, Jom tengok video parody ni hahaha