Thursday, October 15, 2015


BBM3410
BAHASA DALAM MULTIMEDIA



         Assalamualaikum dan Salam perkenalan dari Saya Mohd Nor bin Duaidi. Berasal dari negeri Sabah yang terletak di daerah Tawau.  Saya anak kelahiran Bumiputra Sabah berketurunan Suluk. merupakan anak yang pertama daripada 6 adik beradik. Memulakan pendidikan pada tahun 1998 di Tadika Ladang Sg. Sing-Sing dan pada tahun 1999 saya meneruskan pelajaran ke darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Ladang Segaria yang terletak di daerah Semporna sehingga ke darjah 6 pada tahun 2004. Pada tahun 2006 saya meneruskan pelajaran pada peringkat sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tagasan yang juga terletak di Daerah Semporna sehinggah ke tingkatan 3, namun semasa melonjak ke tingkatan 4 saya terpaksa bertukar sekolah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Balung yang terletak di Daerah Tawau sehinggalah saya habis tingkatan 6 pada tahun 2011. Pada tahun 2013 merupakan suasana baru dalam hidup saya apabila saya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. Saya telah mendapat tawaran dalam bidang Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu).